Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 akan diumumkan pada 24 Disember 2009 ini.
Ini berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom yang dikeluarkan hari ini.
Calon-calon PMR boleh mendapatkan keputusan PMR mereka dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada 24 Disember nanti, manakala calon persendirian akan mendapat keputusan masing-masing menerusi pos.
Peperiksaan PMR 2009 telah dijalankan pada bulan Oktober yang lalu menyaksikan seramai 475,182 calon berdaftar telah menduduki peperiksaan tersebut.
Sumber : BERNAMATerima kasih kepada Sdr Hibiki kerana berkongsi maklumat ini.
Tuesday, December 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment