Sunday, August 30, 2009

akak fara >> kakak angkat ku forever ....






ni la akak angkat anwar .... cam ner ok ak ... hu2 serius anwar tak tipu .... betul ha ... x percaye just bukak myspace anwar k ( dreamy_boy94@rocketmail.com) kat situ ade msj2 yang akak fara ni replay taw ... hu2 ... jagan jelous ya !! hu2



Friday, August 28, 2009




sahabat karib yang tidak boleh kulupakan buat selama - lamanya .... sayang you all ....

Thursday, August 27, 2009


ni la sepupu kesayangan aku ... nama die siti sarah syafiqah ... cam ner cun ak ?? hu2 tengok la sepupu aku katekan .. hee

Tuesday, August 25, 2009

bihun VS mee

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

sambungan teka teki ..

) Ape beza kacang panjang dengan seluar panjang?Seluar panjang kalau dipotong org panggil seluar pendek...tapi kacang panjang kalau dipotong tetap org panggil kacang panjang....2) Banyak2 mi, mi ape tak boleh makan??misai3) Batang ape kalau org pegang2 jadi gatal??batang keladi4) Antara bulan dan bintang, sape anak sape bapak??Bulandan-anak, tang-bapak (Bulandan bin Tang)5) Ade sorang tu nak naik bas, tambang bas tu 60sen, tapi dia ada 50sen aje, macam mana dia nak naik bas tu jugak??Dia buat muka seposen, tambah dengan duit dia 50sen, dapatlah naik bas tu...6) Pak Ali ada ladang.. tapi dia nak tanam separuh koko dan separuh lagi getah..dlm 2-2 jenis pokok tu, yang mana tumbuh dulu???2-2 tak tumbuh sebab dia tanam separuh aje pokok tu..7) Burung ape yan boleh berdiri, boleh baring tapi tak boleh duduk??Penguin8) Dalam banyak2 katak, katak ape yg boleh bercakap??Katakanlahhhhhhh...9) Kenapa bila si penggali kubur nak gali kubur tak pakai spender??Takkan nak gali kubur pakai spender.. mestilah pakai cangkul!!!10) Tempat ape yang pesertanye semua pakai uniform sama...tempat tu pulak tak pernah berkurang orgnye.. tapi bertambah2..Tanah perkuburan....11) Matanya merah, badannye hijau, jalannya mengundur, taiknye pulak warna kelabu taik anjing... ape dia??Lingkaran nyamuk shieldtox12) Emak si Katun ada 5 anak, Tuah, Jebat, Lekir dan Lekiu, yang ke 5 sape??Katun lah... ngok!!

Waktu aku baca teka teki nih.. terbahak-bahak aku ketawa.. kelakor giler.. hahahahahaha.!!!!aku dapat teka teki ni dari inbox aku, member forward.. TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!...>> 1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?> Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.>> 2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?> Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M>> 3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?> Answer: Kuih salah bikin.>> 4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?> Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.>> 5) Siape yang menemukan dompet kulit?> Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan> kepada saye.>

> 7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?> Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'>> 8 ) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?> Answer: Pembohong...>> 9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?> Answer: Usus>> 10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?> Answer: Kutu rambut>> 11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?> Answer: Neneknye si katak>> 12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?> Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'>> 13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?> Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'> - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'>> 14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?> Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe>> 15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?> Answer: Tukang gali kubur>> 16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?> Answer: Tahi hidung>> 17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?> Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...>> 18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?> Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile> ape...>> 19) Gajah terbang dengan ape?> Answer: Dengan susah payah......

review film ....


Filem Seram belanja 1.4Juta Bakal temui penontoh 18 Disember 2008. Misteri Histeria bakal terjawab 18 Disember ini. Inilah jaminan pengarah filem Histeria, James Lee dibawah terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd. Sehingga kini ramai yang masih tertanya-tanya punca Histeria, kenapa ianya banyak terjadi di Malaysia tetapi tidak di Negara lain? Melalui penulis Amri Rohayat, filem ini tidaklah membongkar keseluruhan unsur mistik Histeria tetapi ia lebih kepada membuka minda masyarakat tentang apa itu Histeria dari satu sudut pandangan penulis. James menerangkan bahawa salah satu punca pelajar perempuan selalunya terkena histeria ialah kerana ganguan hantu, ketika ditemubual selepas tayangan pratonton file Histeria di GSC, Midvalley Megamall. Ramai penontoh yang melihat Histeria percaya ianya salah satu filem seram terbaik yang pernah dihasilkan. Mana taknya filem ini mengambil pendekatan sama seperti filem seram Hollywood dan diolah menggunakan teknik filem seram asia lain seperti Korea dan Thailand. Filem Histeria menceritakan kisah 6 pelajar perempuan nakal Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny dan Kerek yang ingin mempermainkan guru mereka. Mereka menggunakan mentera yang mereka perolehi di internet untuk menyeru jembalang busut. Tanpa mereka sangka perbuatan mereka mengundang padah apabila satu demi satu daripada mereka menjadi mangsa dan mati. Hanya seorang daripada mereka yang selamat. Bagaimana kesudahan cerita Histeria? Saksikanlah ia di pawagan 18 Disember ini. Antara Artis selebriti yang turut serta dalam Histeria ialah LiYana Jasmay, Scha, Ainul Aishah, Talya. Adiputra dan Vanida Imran. Lagu tema bagi filem Histeria dinyanyikan oleh Nadia (Akademi Fantasia 6).

Monday, August 24, 2009

Tidak ada bahasa yang menarik...tidak ada gmbr yg cantik..tidak ada kata-kata peribahasa yang mantop..yang ada hanya simple plan n simple talk...bukan untuk peribadi..sekadar untuk kongsi n simpan sebagai kenangan untuk suatu hari nanti..

SALAM RAMADAN 1430H
Ramadhan datang lagi. Apakah reaksi kita dengan kehadiran Ramadhan kali ini. Adakah kita sambut dengan kegembiraan atau dengan kedukaan? Gembira kerana Allah masih beri kita peluang untuk merebut ganjaran yang telah disediakanNya. Atau berduka kerana kita tidak boleh bersenang senang dengan aktiviti yang biasa kita lakukan.Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan pembaca blog saya khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)Semoga kita dapat mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

Terpulanglah...Kami harap semua sihat...

Terjumpa dialog yg sebegini…A: Teruk kan skrg H1N1…Risau betul..aduh…B: Kenapa risau ko keluar rumah masih x pakai topeng??A: Tak nak lah..Saya tgk x ramai lg yg pakai..lgpun hodohlah kalau pakai..Segan saya..B:Eh, ko ni x syg nyawa ke??ke tunggu kena baru nk pakai??Ha, time tu la baru ko nk takut ini la itu la..A: Yalah..nant la saya g beli (baru nk beli???)..Tpkan kalo kena saya pun x berani nk g hospital…B: Napa pula???A: Yalah..nant kita syak kita kena jangkit…rupanya tidak..then g hospital nant x pasal2 pula kena jangkit dgn org yg dh kena..bukan ke cari pasal?????B: Eh, x boleh pula kita cakap begitu..kan kalo dh ada simpton kena g juga hospital..kalo x mcm mn kita nk check…mana lg ko nk pg..nk tunggu mati je??lgpun kalo xde hospital…mcm mn ada pesakit yg dh berjangkit tetapi boleh sembuh…Cuma kalo dh ada simpton2 semua tu…nk x nk ko kena g hospital…pakailah topeng…A: Ha??…pakai topeng lagi…aduh…harap2 la aku x kena….x Best la kalo pakai tiopeng…B: Suka hati ko lah…Nk pakai ke x nk pakai itu hak ko…Saya hanya menasihat ja…A: Yalah yalah…nant la..nant la…..B:………………………………..p/s:liat betul nk pakai topeng Si A ni..semata-mata nk CANTEKKK…..INGATLAH…virus di mana2 saja..jgn kita lalai…kita harap semua sihat2 belaka!!!


H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub". Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.Apa sebenarnya semua fenomena ini?Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan. Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:1 – mengurangkan penduduk dunia, dan2 – menjual ubatan.Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal. DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca. Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

Melihat 'The Biggest Loser'

Slps sibuk dgn percubaan PMR baru2 ini , akhirnya sempat juga untuk menulis entri yg agak santai ckt…hari ni nk kongsi dgn para pembaca tentang program yang penulis agak kagum iaitu The Biggest Loser yang ditayangkan di ASTRO skrg.em.. sejak ada TV ni..penulis boleh dikatakan mengikut setiap episode yang ditayangkan. Kebetulan hari ni merupakan Finale, jadi teringin pula berkongsi pandangan tentang program ini dgn para pembaca.Pada pandangan penulis, program ini sgt bermanfaat kpd golongan yang badan besaq-beso. Dengan menawarkan hadiah yang lumayan, ia dpt menarik minat golongan tersebut untuk menyertai program yang memerlukan kesungguhan, kegigihan dan kesabaran untuk berjaya. Sungguh mengagumkan apabila melihat mereka kesemuanya..ya kesemuanya !!! Mereka mampu menurunkan berat bdan sekurang-kurangnya 80 paun setiap org.Lebih mendahsyatkan… ramai antara mereka dapat mencecah penurunan berat badan lebih daripada 100 paun!!!!!Mereka kesemuanya dtg dgn berat badan yang ‘mengagumkan’ kita…tp setelah 4 bulan mereka di dalam program tersebut…perbezaan yg mereka alami adalah begitu ketara…sungguh menakjubkan…Kalo yg gmbr iklan untuk menguruskam badan mungkin kita agak ragu-ragu dan sukar mu percaya, tp yg ini boleh dikatakn kita yg mengikut perkembangan mereka hari demi hari dan kita dapat lihat perbezaanya sendiri…sememangnya mereka perlu diberi penghormatan…Cuma di sebalik program ini…banyak nilai yang tersirat yang kita boleh peroleh..Kalo sesiapa tidak mampu menghadapi cabaran..ia sememangnya susah untuk memasuki progam tersebut..Peserta perlu gigih dan tabah untuk menghadapi setiap cabaran yang diberikan, perlu rasa tidak putus asa untuk melakukan senaman…perlu bertahan dengan cara pemakanan yang dibekalkan..perlu mengikut arahan jurulatih..dan juga perlu slalu main strategi untuk menang (perlu juga strategi ya kalo nak kurus…).Sepanjang program tersebut..kita dapt lihat usaha mereka, kegigihan mereka, peluh mereka, air mata mereka..ada kalanya mereka terfikir nk henti separuh jalan sebab x tahan dgn latihan yg diberi, tp demi kesihatan n org yg tersyg..mereka menggigit jari untuk kekal dan terus berusaha…Jurulatih yg selalu memberi dorongan dan galakan patut diberi pujian…walaupun dicaci dan dimarah oleh peserta program (apabila latihan yang diberikan bawah kemampuan peserta)…tetapi mereka tidak peduli dgn cacian tetapi sebaliknya memberikan motivasi dan galakan kepada para peserta untuk melakukan latihan yang boleh dikatakan ‘dahsyat’ itu..jadi..tanpa mereka…sememangnya mereka tidak akan berjaya…Penulis ingin aplikasi nilai yg tersirat ini dalam proses pembalajaran kita..kita tahu kalo kita ada kemahua dan atas usaha kita..sememngnya perkara yg kita rasa mustahil pun akan jadi kenyataan…Contohnya dalam pembelajaran ….mungkin ada subjek yg kita rasa susah..tp kalo atas usaha kita sendiri hendak belajar.subjek yang susah pun akan jadi senang..tetapi di samping usaha,,jurulatih juga memainkan peranan yg penting.. ‘jurulatih’ dalam proses pembelajaran adalah guru-guru anda, abg2 anda, kakak anda, kawan2 anda, sahabat2 andas ataupun ibu bapa anda. Sepanjang proses pembelajaran, mungkin kita akan rasa putus asa, tp dorongan dan galakan drpd ‘jurulatih-jurulatih’ ini yg akan mengembalikan semangat kita untuk terus kekal dan berjaya..Semua tidak akan terkecuali…termasuk penulis sendiri yg sememangnya mempunyai ‘jurulatih’ tersendiri di setiap peringkat pembelajaran…Jadi morale of the story is…carilah ‘jurulatih’ anda skrg..haha…Sebagai penutup, selalu penulis terfikir..mungkinkah program sebegini bakal diadakan di Malaysia memandangkan Malaysia antara Negara yang menghadapi maslaah obesity yg serius…alangkah bagusnya kalau semua dpt ikut program yg sebegini dan semua akan jadi sihat2 belaka. Sebelum mengundur diri, penulis sajikan beberapa gmbr peserta The Biggest Loser untuk melihat perbezaan mereka….Kagum bukan??


Sakit kepala...tak tahu kenapa
Emm..nampaknya perjuangan pelajar-pelajar tingkatan 3 sudah hampir. Perjuangan mereka menuntut ilmu bersama aku akan nampak hasilnya nanti. Setakat ini segalanya telah diusahakan. Semoga Allah jua merahmati segala usaha kita semua. Memang betul la kata cikgu2 senior, bahawa perjuangan seorang guru bukanlah sekadar datang sekolah, balik, datang, mengajar sahaja. Selagi bergelar guru, selagi itulah tanggungjawab mendidik perlu dilaksanakan. Hari ini pula jumaat 7 ogos 2009,merupakan hari terakhir para pelajarku menduduki Peperiksaan Percubaan PMR. Aku yang merasa getarnya. Getar untuk menyaksikan apa yang mereka terjemahkan dalam peperiksaan ini. Sememangnya peperiksaan kali ini tidaklah menjadi kayu pengukur secara langsung kepada pencapaian pelajar-pelajarku, namun disinilah jua kelemahan yang perlu diatasi dengan tindakan drastik perlu dilakukan. Untukmu para pelajarku..cikgu yakin kamu boleh buat dengan yang terbaik!!! andaikata kau tidak mendapat keputusan yang terbaik untuk peperiksaan ini, kita aturkan langkah kita untuk sama2 mengapai pelangi nan indah dengan cara yang lebih baik untuk menempuh kegemilangan dalam PEPERIKSAAN PMR nanti. Doa cikgu sentiasa bersama kamu!!!Emm.malam tadi aku dah habis semak kertas 1 dan kertas 2 emm hasilnya walau tak sebaik yang dijangka tapi syukur alhamdulilah...untuk pelajar tingkatan 3 moga berjaya mengapai PELANGI NAN INDAH pada akhir Disember 2009.
toxic - britney spears
Baby, can't you see?I'm calling a guy like youShould wear a warningIt's dangerous, I'm fallin'There's no escapeI can't wait, I need a hitBaby, give me itYou're dangerous, I'm lovin' itToo high, can't come downLosing my headSpinning 'round and 'roundDo you feel me now?With a taste of your lipsI'm on a rideYou're toxic, I'm slipping underWith a taste of poison paradiseI'm addicted to youDon't you know that you're toxic?And I love what you doDon't you know that you're toxic?It's getting lateTo give you upI took a sip from my devil cupSlowly, it's taking over meToo high, can't come downIt's in the airAnd it's all aroundCan you feel me now?With a taste of your lipsI'm on a rideYou're toxic, I'm slipping underWith a taste of poison paradiseI'm addicted to youDon't you know that you're toxic?And I love what you doDon't you know that you're toxic?Don't you know that you're toxic?With a taste of your lipsI'm on a rideYou're toxic, I'm slipping underWith a taste of poison paradiseI'm addicted to youDon't you know that you're toxic?With a taste of your lipsI'm on a rideYou're toxic, I'm slipping underWith a taste of poison paradiseI'm addicted to youDon't you know that you're toxic?Intoxicate me nowWith your lovin' nowI think I'm ready nowI think I'm ready nowIntoxicate me nowWith your lovin' nowI think I'm ready now

Sunday, August 16, 2009


family la weii






ni la awek2 cun kite orang .... hu2 ....

Saturday, August 15, 2009

LIRIK LAGU .....


With Love lyrics
I don't mind you telling meWhat's been on your mind latelyI don't mind you speaking upI know sometimes I can beAll wrapped up and into meI can be in such a rushJust slow me downSlow me downTell me tomorrow everything will be aroundJust slow me downSlow me downYou're the one that keeps me on the groundBaby you can be toughSay enough is enoughYou can even be bluntJust do it with love love love loveTell me I'm wrongThat I'm coming on way too strongDon't think I'll be crushedJust do it with love love love loveJust do it with love love love loveJust do it with loveI can take your honestyAll your words weigh heavilyListening to you all the timeI want to be there for youThe way you've been there for meAlways help me walk the lineAnd slow me downSlow me downI know you will always be aroundBaby you can be toughSay enough is enoughYou can even be bluntJust do it with love love love loveTell me I'm wrongThat I'm coming on way too strongDon't think I'll be crushedJust do it with love love love loveAll this time we thought we knew each otherNow that I am leaning on your shoulderI can tell you baby thatYou're right when you're right andYou're wrong when you're wrong andI can be weak 'cause I know you are strongBaby you can be toughSay enough is enoughYou can even be bluntJust do it with love love love loveTell me I'm wrongThat I'm coming on way too strongDon't think I'll be crushedJust do it with love love love love [x2]Just do it with love love love loveJust do it with loveJust do it with love love love loveJust do it with love

cerita yang patut kita buat teladan ....

Lagenda Mahsuri
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.
Kehidupan
Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.
Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Fitnah
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.Batu penanda tentang kematian Mahsuri.
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.
Sumpahan Mahsuri
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.
Penutup Sumpahan
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.

Friday, August 14, 2009

- Apa Erti Sahabat -

Adakah sahabat tu kawan masa kita senang saje? Ataupun apa?
Bagi saya, Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. yang boleh saya panggil sahabat mungkin ada sorang dua. Macam mana dengan yang lain? Saya hanya boleh panggil mereka rakan sekolej ataupun rakan studi dan tak lebih dari itu. Ada juga yg kawan makan kawan. Yang ini paling banyak walaupun di UIA sendiri. Nak tau ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN?
Pertama : Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri, apabila anda dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda ke mana saja anda pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk anda asalkan anda turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun. Saya bagi contoh, duit. Mereka berkawan dengan anda disebabkan duit.
Kedua : Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI DGN APA YG anda ADA. Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila mereka di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri. Saya telah hadapi benda ini berkali kali.
Tapi saya tidak bersua muka dengan mereka. Sebaliknya saya doakan mereka diberikan rezeki melimpah ruah supaya mereka bahagia dan berhenti mengata saya. Mereka ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan kemewahan kita, kesenangan kita dan kebahagiaan kita. Mereka anggap itu terlalu besar dan mereka tidak boleh terlalu rapat dgn kita dan menghasut kawan yang lain untuk meninggalkan kita. Dan seterusnya- Hasut.
Ketiga : Hasutan. Mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa.
Keempat : Tikam Belakang kawan baik sendiri. Pergh. NI SAKIT SANGAT. Anda pernah rasa? Saya pernah. Dan kawan saya ni burukkan saya dekat Lecturer saya sendiri. Sampaikan saya dengan kawan yg sama-sama jadi mangsa terpaksa bangkit balik secara perlahan. Apa lagi yang boleh saya buat? KAWAN BAIK SAYA SENDIRI.
*Saya tidak ada jalan penyelesaian bagi permasalahan ni. cuma banyakkan sabar dan berkawan lah dengan mereka kalau anda mampu, dan berhati-hati lah dalam berkawan.Ini hanya pandangan saya, kalau kawan anda bukan dikategorikan seperti di atas, saya ucapkan tahniah!*

@my_best_friend_forever@
















Mutiara Kata ....DARI OSMAN AFFAN ..


“Create your future from your future, not your past.” ~Werner Erhard
“Cipta masa depan anda daripada masa depan, bukan daripada masa silam”.
Apa pendapat anda mengenai mutiara kata ini? Apabila anda mahu mencapai sesuatu dalam hidup anda, adakah anda membuatnya berdasarkan kejayaan dan kegagalan di masa lepas atau berdasarkan sesuatu yang anda ingin capai di masa hadapan?
Mesej utama mutiara kata ini ialah masa lepas anda bukanlah kayu pengukur tahap kejayaan yang bakal anda kecapi di suatu masa akan datang. Jika semua ahli keluarga anda tidak berpendidikan tinggi, ia tidak bermakna anda akan ikuti jejak langkah yang sama. Jika kebanyakan ahli keluarga anda dan saudara mara anda bersifat panas baran dan mudah hilang sabar, ia tidak bermakna anda juga begitu.
Masa lepas atau silam adalah sesuatu yang sudah berlalu. Jika anda mahu berjaya di masa akan datang, fikirkan dengan sejelas-jelasnya apa yang anda mahu capai itu dan mulakan cara hidup seolah-olah anda sudah mencapai apa yang anda idamkan itu tadi.

diary anwar ....


hmm ... takutnye ... ari ahad ni start la trial pmr anwar ... dah la tu ari ahad ni periksa BM paper 1 & 2 lak ... hai .... susah2 ...

cerita seram .... hantu asrama ....

Kisah ini terjadi semasa aku berada di dalam tingkatan satu. Waktu itu, aku tinggal di asrama. Seperti kebiasaan, pada bulan Julai setiap tahun, satu asrama mesti heboh dengan histeria dan bermacam-macam lagi. Pada masa itu, seluruh asrama berada dalam ketakutan. Pada waktu malam, kami tidak berani tidur lewat seperti hari-hari biasa. Tepat saja pukul 11.00 semuanya mesti telah berselubung di atas katil... Tetapi, pada suatu malam.......
Aku dan kawan-kawan sedang bersembang mengenai hantu yang dikatakan sedang berkeliaran di asrama kami pada masa itu. Kami yang terkenal dengan sifat berani, mengutuk-ngutuk hantu yang selalu mengacau ketenteraman kami di asrama. Sedang enak kami mengutuk, kipas angin yang sedang elok berpusing dari tadi tiba-tiba meletup lalu terpelanting!
Kami berpandangan sesama sendiri. Rasa takut menyelubungi diri.
"Apa tu??,"Adnan, kawanku bersuara"Barangkali ia marah kita mengutuk-ngutuknya tak??,"
"Ah, biarkan saja! Kalau berani, marilah!!,"Ikmal menjerit sambil memandang ke syiling.
"Sudahlah, mari kita tidur,"kataku pula. Seraya dengan itu, kami pun naik ke katil masing-masing.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.45 pagi. Namun aku masih tidak dapat melelapkan mata. Begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti orang berjalan di koridor asrama. Semakin lama semakin kuat. Kami bergegas keluar daripada dorm. Apabila kami sampai, bunyi tersebut hilang dan tiada apa-apa di situ. Kami kehairanan. Kami mengambil keputusan untuk masuk semula ke dorm. Tetapi, belum sempat kami sampai ke pintu, jeritan pelajar perempuan kedengaran. Kami terkejut. Seluruh isi asrama terjaga. Pelajar-pelajar form five bergegas ke asrama puteri dan azan di situ. Sesetengahnya pula mengambil surah yassin dan membacanya di dorm masing-masing. Beberapa lama kemudian, barulah kami tahu yang pelajar perempuan diserang histeria. Suara azan dan ayat Al-Quran memenuhi ruang asrama. Tiba-tiba beratus-beratus cahaya yang berupa kilat keluar dari bumbung Asrama Puteri. Setelah itu, keadaan asrama kembali tenang.
Selepas dari kejadian itu, aku dan kawan-kawan tidak berani lagi bermulut celupar. Kami percaya bahawa kejadian pada malam itu adalah disebabkan oleh kami.....

Sunsilk Impian - episode 5 (tv3)


Minggu ini menarik, Leeya dapat buat temuramah dengan dengan Pn. Hamidah, seorang saintis! Bukan tu je, Rehan yang dah mula kerja berhadapan dengan satu masalah- Supervisornya, Cik Su, yang ada bau badan. Hmm…kesian jugak Rehan, kalau Leeya ada masalah ni, Leeya kenalah cari cara kreatif untuk menyelesaikannya secepat muogkin. Haraplah Rehan dapat temui penyelesaian. Uh oh! Abang Azri kena tipu dengan penjual barangan palsu! Kesian Abang Azri kena marah oleh Kak Ju, dah jatuh ditimpa tangga! Bila Leeya nampak Abang Azri kena tidur luar, Leeya mengambil keputusan untuk menyiasat syarikat yang ambil duit Abang Azri. Leeya dan kawan–kawan pergi ke pejabat si penipu Abang Azri dan berjaya mendapatkan bukti yang untuk mendedahkan mereka. Yang Leeya tak jangka, ada insiden lain yang berlaku juga, Nik cuba nak sabotaj Rehan menyebabkan mereka hampir tertangkap!! Nik kata, dia ingat yang Leeya nak hukum Rehan, tapi Leeya memang tidak terfikir macam tu pun. Baru Leeya sedarMinggu ini menarik, Leeya dapat buat temuramah dengan dengan Pn. Hamidah, seorang saintis! Bukan tu je, Rehan yang dah mula kerja berhadapan dengan satu masalah- Supervisornya, Cik Su, yang ada bau badan. Hmm…kesian jugak Rehan, kalau Leeya ada masalah ni, Leeya kenalah cari cara kreatif untuk menyelesaikannya secepat muogkin. Haraplah Rehan dapat temui penyelesaian. Uh oh! Abang Azri kena tipu dengan penjual barangan palsu! Kesian Abang Azri kena marah oleh Kak Ju, dah jatuh ditimpa tangga! Bila Leeya nampak Abang Azri kena tidur luar, Leeya mengambil keputusan untuk menyiasat syarikat yang ambil duit Abang Azri. Leeya dan kawan–kawan pergi ke pejabat si penipu Abang Azri dan berjaya mendapatkan bukti yang untuk mendedahkan mereka. Yang Leeya tak jangka, ada insiden lain yang berlaku juga, Nik cuba nak sabotaj Rehan menyebabkan mereka hampir tertangkap!! Nik kata, dia ingat yang Leeya nak hukum Rehan, tapi Leeya memang tidak terfikir macam tu pun. Baru Leeya sedar yang Nik salah faham. Rupa-rupanya dia langsung tak tahu yang syarikatnya tutup dan Leeya tak tahu apa yang terjadi yang membuat Nik mahu hukum Rehan.
Soalan Undian SMS Episod 5Adakah anda mahu ...? A) Nik beritahu AleeyaB) Tuti beritahu AleeyaUntuk menyertai, taip A atau B dan hantar ke 32323. RM0.50/smsTerma & Syarat


Impian ku....


Ingin suatu hari... ketika bangun daripada tidurku... embun menyentuh kulit ku di kala subuh... ketika fajar menjelma...nyanyian burung kedengaran... udara nyaman di sekeliling ku... kehijauan alam jelas di ruang mataku... menyedapkan hati dan jiwa ku... ingin suatu hari... masyarakat sekeliling ku saling tolong menolong... 'cubit peha kiri peha kanan terasa jua'... tiada yang susah antara mereka... 'susah senang sama dirasa'... ingin suatu hari... semua yang ada pada hari ini... macam mana hendak ku jelaskan itulah impian ku....
kenapa mereka tak turut sama merana kenapa asyik kami yang kena kenapa masih tiada lagi jawapannya, Sampai bila kami dapat bertahan sampai bila kami dapat bersabar sampai bila kami akan tertekan sampai bila ... sampai bila... sampai aku jadi GILA!!!!!

hari Ini ....

Kawan...
Sekadar renungan kita bersama Suatu cerita penyakit jiwa Bukan sakit kat wad gila Zahir sihat, jiwa merana
Pandanglah teman renungkan bersama Manusia dinilai dari iman dan amalnya.. Minta petunjuk moga tak dipersia Selagi pintu taubat masih terbuka Isikan dada dengan ilmu agama.... Takkan merana dan rasa sengsara... Kerana pasti kembali padaNya.... Kejauhan remang rembulan, dedaun mengusik jendela, mengapa lena tiada menyapaku, sedang malam bertandang sudah, dan embun menyiram tanah. haruman bunga segar mengharum, di halaman kelawar berlegar, mengapa bukan aku itu? marilah malam, temanilah sepiku, saujana alamku terbentang mengapa...........? tiada yang sudi bertamu , halaman ku kosong terbiar, dan haruskah aku bermusafir diri, mencari dalam remang malam..........