Monday, August 24, 2009

Tidak ada bahasa yang menarik...tidak ada gmbr yg cantik..tidak ada kata-kata peribahasa yang mantop..yang ada hanya simple plan n simple talk...bukan untuk peribadi..sekadar untuk kongsi n simpan sebagai kenangan untuk suatu hari nanti..

SALAM RAMADAN 1430H
Ramadhan datang lagi. Apakah reaksi kita dengan kehadiran Ramadhan kali ini. Adakah kita sambut dengan kegembiraan atau dengan kedukaan? Gembira kerana Allah masih beri kita peluang untuk merebut ganjaran yang telah disediakanNya. Atau berduka kerana kita tidak boleh bersenang senang dengan aktiviti yang biasa kita lakukan.Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan pembaca blog saya khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)Semoga kita dapat mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

Terpulanglah...Kami harap semua sihat...

Terjumpa dialog yg sebegini…A: Teruk kan skrg H1N1…Risau betul..aduh…B: Kenapa risau ko keluar rumah masih x pakai topeng??A: Tak nak lah..Saya tgk x ramai lg yg pakai..lgpun hodohlah kalau pakai..Segan saya..B:Eh, ko ni x syg nyawa ke??ke tunggu kena baru nk pakai??Ha, time tu la baru ko nk takut ini la itu la..A: Yalah..nant la saya g beli (baru nk beli???)..Tpkan kalo kena saya pun x berani nk g hospital…B: Napa pula???A: Yalah..nant kita syak kita kena jangkit…rupanya tidak..then g hospital nant x pasal2 pula kena jangkit dgn org yg dh kena..bukan ke cari pasal?????B: Eh, x boleh pula kita cakap begitu..kan kalo dh ada simpton kena g juga hospital..kalo x mcm mn kita nk check…mana lg ko nk pg..nk tunggu mati je??lgpun kalo xde hospital…mcm mn ada pesakit yg dh berjangkit tetapi boleh sembuh…Cuma kalo dh ada simpton2 semua tu…nk x nk ko kena g hospital…pakailah topeng…A: Ha??…pakai topeng lagi…aduh…harap2 la aku x kena….x Best la kalo pakai tiopeng…B: Suka hati ko lah…Nk pakai ke x nk pakai itu hak ko…Saya hanya menasihat ja…A: Yalah yalah…nant la..nant la…..B:………………………………..p/s:liat betul nk pakai topeng Si A ni..semata-mata nk CANTEKKK…..INGATLAH…virus di mana2 saja..jgn kita lalai…kita harap semua sihat2 belaka!!!


H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub". Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.Apa sebenarnya semua fenomena ini?Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan. Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat. Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:1 – mengurangkan penduduk dunia, dan2 – menjual ubatan.Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu. Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal. DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca. Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

Melihat 'The Biggest Loser'

Slps sibuk dgn percubaan PMR baru2 ini , akhirnya sempat juga untuk menulis entri yg agak santai ckt…hari ni nk kongsi dgn para pembaca tentang program yang penulis agak kagum iaitu The Biggest Loser yang ditayangkan di ASTRO skrg.em.. sejak ada TV ni..penulis boleh dikatakan mengikut setiap episode yang ditayangkan. Kebetulan hari ni merupakan Finale, jadi teringin pula berkongsi pandangan tentang program ini dgn para pembaca.Pada pandangan penulis, program ini sgt bermanfaat kpd golongan yang badan besaq-beso. Dengan menawarkan hadiah yang lumayan, ia dpt menarik minat golongan tersebut untuk menyertai program yang memerlukan kesungguhan, kegigihan dan kesabaran untuk berjaya. Sungguh mengagumkan apabila melihat mereka kesemuanya..ya kesemuanya !!! Mereka mampu menurunkan berat bdan sekurang-kurangnya 80 paun setiap org.Lebih mendahsyatkan… ramai antara mereka dapat mencecah penurunan berat badan lebih daripada 100 paun!!!!!Mereka kesemuanya dtg dgn berat badan yang ‘mengagumkan’ kita…tp setelah 4 bulan mereka di dalam program tersebut…perbezaan yg mereka alami adalah begitu ketara…sungguh menakjubkan…Kalo yg gmbr iklan untuk menguruskam badan mungkin kita agak ragu-ragu dan sukar mu percaya, tp yg ini boleh dikatakn kita yg mengikut perkembangan mereka hari demi hari dan kita dapat lihat perbezaanya sendiri…sememangnya mereka perlu diberi penghormatan…Cuma di sebalik program ini…banyak nilai yang tersirat yang kita boleh peroleh..Kalo sesiapa tidak mampu menghadapi cabaran..ia sememangnya susah untuk memasuki progam tersebut..Peserta perlu gigih dan tabah untuk menghadapi setiap cabaran yang diberikan, perlu rasa tidak putus asa untuk melakukan senaman…perlu bertahan dengan cara pemakanan yang dibekalkan..perlu mengikut arahan jurulatih..dan juga perlu slalu main strategi untuk menang (perlu juga strategi ya kalo nak kurus…).Sepanjang program tersebut..kita dapt lihat usaha mereka, kegigihan mereka, peluh mereka, air mata mereka..ada kalanya mereka terfikir nk henti separuh jalan sebab x tahan dgn latihan yg diberi, tp demi kesihatan n org yg tersyg..mereka menggigit jari untuk kekal dan terus berusaha…Jurulatih yg selalu memberi dorongan dan galakan patut diberi pujian…walaupun dicaci dan dimarah oleh peserta program (apabila latihan yang diberikan bawah kemampuan peserta)…tetapi mereka tidak peduli dgn cacian tetapi sebaliknya memberikan motivasi dan galakan kepada para peserta untuk melakukan latihan yang boleh dikatakan ‘dahsyat’ itu..jadi..tanpa mereka…sememangnya mereka tidak akan berjaya…Penulis ingin aplikasi nilai yg tersirat ini dalam proses pembalajaran kita..kita tahu kalo kita ada kemahua dan atas usaha kita..sememngnya perkara yg kita rasa mustahil pun akan jadi kenyataan…Contohnya dalam pembelajaran ….mungkin ada subjek yg kita rasa susah..tp kalo atas usaha kita sendiri hendak belajar.subjek yang susah pun akan jadi senang..tetapi di samping usaha,,jurulatih juga memainkan peranan yg penting.. ‘jurulatih’ dalam proses pembelajaran adalah guru-guru anda, abg2 anda, kakak anda, kawan2 anda, sahabat2 andas ataupun ibu bapa anda. Sepanjang proses pembelajaran, mungkin kita akan rasa putus asa, tp dorongan dan galakan drpd ‘jurulatih-jurulatih’ ini yg akan mengembalikan semangat kita untuk terus kekal dan berjaya..Semua tidak akan terkecuali…termasuk penulis sendiri yg sememangnya mempunyai ‘jurulatih’ tersendiri di setiap peringkat pembelajaran…Jadi morale of the story is…carilah ‘jurulatih’ anda skrg..haha…Sebagai penutup, selalu penulis terfikir..mungkinkah program sebegini bakal diadakan di Malaysia memandangkan Malaysia antara Negara yang menghadapi maslaah obesity yg serius…alangkah bagusnya kalau semua dpt ikut program yg sebegini dan semua akan jadi sihat2 belaka. Sebelum mengundur diri, penulis sajikan beberapa gmbr peserta The Biggest Loser untuk melihat perbezaan mereka….Kagum bukan??


Sakit kepala...tak tahu kenapa
Emm..nampaknya perjuangan pelajar-pelajar tingkatan 3 sudah hampir. Perjuangan mereka menuntut ilmu bersama aku akan nampak hasilnya nanti. Setakat ini segalanya telah diusahakan. Semoga Allah jua merahmati segala usaha kita semua. Memang betul la kata cikgu2 senior, bahawa perjuangan seorang guru bukanlah sekadar datang sekolah, balik, datang, mengajar sahaja. Selagi bergelar guru, selagi itulah tanggungjawab mendidik perlu dilaksanakan. Hari ini pula jumaat 7 ogos 2009,merupakan hari terakhir para pelajarku menduduki Peperiksaan Percubaan PMR. Aku yang merasa getarnya. Getar untuk menyaksikan apa yang mereka terjemahkan dalam peperiksaan ini. Sememangnya peperiksaan kali ini tidaklah menjadi kayu pengukur secara langsung kepada pencapaian pelajar-pelajarku, namun disinilah jua kelemahan yang perlu diatasi dengan tindakan drastik perlu dilakukan. Untukmu para pelajarku..cikgu yakin kamu boleh buat dengan yang terbaik!!! andaikata kau tidak mendapat keputusan yang terbaik untuk peperiksaan ini, kita aturkan langkah kita untuk sama2 mengapai pelangi nan indah dengan cara yang lebih baik untuk menempuh kegemilangan dalam PEPERIKSAAN PMR nanti. Doa cikgu sentiasa bersama kamu!!!Emm.malam tadi aku dah habis semak kertas 1 dan kertas 2 emm hasilnya walau tak sebaik yang dijangka tapi syukur alhamdulilah...untuk pelajar tingkatan 3 moga berjaya mengapai PELANGI NAN INDAH pada akhir Disember 2009.

No comments:

Post a Comment