
Filem Seram belanja 1.4Juta Bakal temui penontoh 18 Disember 2008. Misteri Histeria bakal terjawab 18 Disember ini. Inilah jaminan pengarah filem Histeria, James Lee dibawah terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd. Sehingga kini ramai yang masih tertanya-tanya punca Histeria, kenapa ianya banyak terjadi di Malaysia tetapi tidak di Negara lain? Melalui penulis Amri Rohayat, filem ini tidaklah membongkar keseluruhan unsur mistik Histeria tetapi ia lebih kepada membuka minda masyarakat tentang apa itu Histeria dari satu sudut pandangan penulis. James menerangkan bahawa salah satu punca pelajar perempuan selalunya terkena histeria ialah kerana ganguan hantu, ketika ditemubual selepas tayangan pratonton file Histeria di GSC, Midvalley Megamall. Ramai penontoh yang melihat Histeria percaya ianya salah satu filem seram terbaik yang pernah dihasilkan. Mana taknya filem ini mengambil pendekatan sama seperti filem seram Hollywood dan diolah menggunakan teknik filem seram asia lain seperti Korea dan Thailand. Filem Histeria menceritakan kisah 6 pelajar perempuan nakal Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny dan Kerek yang ingin mempermainkan guru mereka. Mereka menggunakan mentera yang mereka perolehi di internet untuk menyeru jembalang busut. Tanpa mereka sangka perbuatan mereka mengundang padah apabila satu demi satu daripada mereka menjadi mangsa dan mati. Hanya seorang daripada mereka yang selamat. Bagaimana kesudahan cerita Histeria? Saksikanlah ia di pawagan 18 Disember ini. Antara Artis selebriti yang turut serta dalam Histeria ialah LiYana Jasmay, Scha, Ainul Aishah, Talya. Adiputra dan Vanida Imran. Lagu tema bagi filem Histeria dinyanyikan oleh Nadia (Akademi Fantasia 6).

No comments:
Post a Comment